Video Tular Pemandu Lori Melawan Arus, Ini Cerita Sebenar Apa Yang Berlaku..

HULU SELANGOR: Seorang lelaki ditahan selepas memandu lori secara berbahaya dan melawan arus di Kilometer 432 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Sungai Buaya, di sini, hari ini.

Kejadian jam 9.15 pagi itu mengakibatkan kemalangan membabitkan sebuah lagi lori di laluan berkenaan yang gagal mengelak kenderaan dipandu melawan arus oleh lelaki terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, kemalangan itu berlaku apabila lori dipandu lelaki berusia 37 tahun memandu di lorong tengah dengan melawan arus.

“Sebuah lori dipandu lelaki berusia 48 tahun yang berada di lorong tengah tidak sempat mengelak lori berkenaan menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.Azman berkata, kedua-dua pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil ujian saringan awal dilakukan terhadap pemandu lori berkenaan didapati negatif dadah.

“Lelaki terbabit juga dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk diambil darah bagi tujuan pemeriksaan alkohol.Beliau berkata, kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan terbabit rosak di bahagian kiri dan hadapan.“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya,” katanya.

Rakaman video kejadian berdurasi satu minit 25 saat turut tular selepas dimuat naik di media sosial, hari ini.

 

(Video) Lori pandu lawan arus sebabkan kemalangan di Lebuhraya Rawang
Kenapa kejadian sebegini harus berlaku? Adakah kerana sikap pemandu yang mementingkan diri sendiri atau pemandu lori tersebut di bawah pengaruh dadah @ alkohol?

Saksikan rakaman bagaimana sebuah lori yang dipandu menentang arus telah menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Rawang, Berdaasarkan kepada video, mungkin tiada kecederaan serius berlaku kerana perlanggaran itu melibatkan 2 buah kenderaan berat.

Namun demikian, bagaimana pula jika lori itu melanggar kereta atau motosikal? Tentu impaknya boleh membawa kematian kan?

SUNGAI BUAYA – [DIKEMASKINI] Dua lori bertembung di Kilometer 432 Lebuh Raya Utara Selatan dekat susur masuk Tol Sungai Buaya, di sini, pagi tadi.

Pertembungan berlaku apabila salah satu lori itu dipandu melawan arus sejauh tiga kilometer di lorong tengah lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kemalangan membabitkan lori tiga tan jenis Isuzu dan sebuah lagi lori bersaiz panjang jenis yang sama pada jam 9.15 pagi.

“Pemandu lori panjang berusia 48 tahun itu dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur dan berada di lorong tengah. Pemandu berkenaan nampak lori tiga tan itu dipandu melawan arus di hadapannya dan cuba mengelak tetapi tidak sempat.

“Perlanggaran berlaku di sebelah kiri namun kedua pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, semakan mendapati pemandu lori yang melawan arus berusia 37 tahun itu mempunyai satu rekod lampau dan dihukum atas kesalahan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Suspek tidak memiliki lesen memandu tetapi mempunyai 64 saman yang belum selesai selain 36 waran tangkap dan 15 kes N/C. Dia negatif saringan ujian air kencing namun dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan alkohol dalam darah

“Dia kini ditahan reman dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian, Berita Harian

Komen Di bawah..

Loading...